Sunday, June 3, 2012

Solat sunat: GERHANA BULAN




Niat solat gerhana


Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :



Rakaat pertama


1. Niat solat Gerhana, Takbir

2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah

3. Rukuk

4. I’tidal

5. Baca Al-Fatihah dan surah

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.



Rakaat kedua

1. Niat solat Gerhana, Takbir.

2. Baca Al-Fatihah dan surah.

3. Rukuk.

4. I’tidal,

5. Baca Al-Fatihah dan surah.

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud

9. Tahiyyat Akhir

10. Salam

Berzikir dan beristighfar.

Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.

Berlindung daripada azab kubur.

Diriwayatkan oleh Aisyah ra: “Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”

Bersedekah.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”

Memerdekakan hamba.

Asma’ ra berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. “Dalam satu riwayat: “Gerhana bulan.”

Inilah sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari. Sudah menjadi kewajiban kita selaku ummat Rasulullah saw untuk kembali menghidupkan sunnahnya. Rasulullah saw telah berwasiat kepada ummatnya agar kita sentiasa berpegang teguh pada Al-Quran & sunnah.
Persoalan gerhana hanyalah satu dari sunnah fi’liyyah (perbuatan) Rasulullah yang kini kian dilupakan. Menjadi tugas kita ummat baginda untuk kembali menghidupkan sunnahnya. Wahai sahabatku bangkitlah, kerana hanya ditangan kitalah pewaris Al-ghuraba’ itu ada.

Sunday, May 6, 2012


Solat Sunat Tolak Bala

Dikerjakan dua rakaat dengan satu salam. dilakukan pada bila-bila masa.
Lafaz niat: Usolli Sunnatal Hajati Lidfiil Blaa Rak'ataini Lillahi Ta'ala. (Sahaja aku solat sunat menolak bala dua rakaat kerana Allah Ta'ala)

Pada rakaat pertama, baca Al-Fatihah kemudian baca surah Al-Kafirun.
Rakaat ke dua, baca Al-Fatihah kemudian baca surah Al-Ikhlas.

Selepas memberi salam, baca doa tolak bala.

Doa Tolak Bala/ Wabak

Maksudnya :
Kami berlindung dengan Mu ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, kami berpaut kepada Mu Ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam yang ghaib dan kami bertawakkal kepada Mu ya Allah Tuhan yang hidup lagi tidak mati. Wahai tuhan kami jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat dan peliharalah kami daripada segala penyakit berjangkit, taun dan bala bencana, dengan ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkaulah ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad saw dan ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya. Segala pujian hanya bagi Mu ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam.

Sunday, April 1, 2012

Sembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan atau menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas berhala.”   (Surah Al-Maidah: 3)
.
Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan haram dimakan. Allah SWT berfirman: “Dihalalkan bagi kamu segala yang baik-baik”.   (Surah Al-Maidah: 4)
SIJIL HALAL

                                      PTS Poultry Processing ( BP ) Sdn Bhd
1 & 3, Jalan Sri Sulong 27A,
Taman Industri Sri Sulong,
83500 Batu Pahat,
Johor darul Takzim.
No. Tel           :           07-4101108
Faks               :           07-4101107
Alamat e-mail:           admin@hyfresh.com.my

PTS POULTRY PROCESSING ( BP ) SDN BHD adalah pengeluar dan pembekal produk ayam proses terjamin halal, berkualiti, selamat serta bersih. Misi kami adalah untuk menambahbaik produk keluaran kami secara berterusan agar menepati kehendak pelanggan, mempertingkatkan keuntungan supaya dapat memberi pulangan yang baik kepada pemegang saham, serta membantu PASSB dalam mempertingkatkan taraf sosial dan ekonomi para penternak ladang ayam kontrak.
NAMA-NAMA PEMEGANG SIJIL TAULIAH SEMBELIH ( JAJ ) 2012
PERNIAGAAN AH SIONG SDN.BHD



NO
NAMA
POSITION

1.
MOHD HARIS FADILA BIN ABDUL LATEP
SENIOR HALAL
EXECUTIVE
2.
NOOR MIZAN BIN AHMAD BAKAR

S/VISOR
3.
NORHISHAM BIN WAHID

S/VISOR
4.
ISA BIN TAMSI

S/VISOR
5.
HAMID BIN MUSTAPHA

S/VISOR
6.
AMAT MISOKIH BIN AHMAD TASRIN

S/VISOR
7.
MOHD JAINUDIN BIN SUADI

S/VISOR
8.
MD SARIF BIN HARON

Tukang Sembelih
9
MD BASAR BIN LAN

Tukang Sembelih
10.
AHMED BIN HALID

Tukang Sembelih
11.
KHAIRUL NIZAM BIN JAMARI

Tukang Sembelih
12.
MOHYIN BIN SUKIMI

Tukang Sembelih
13.
JAMIL BIN ITHNIN

Tukang Sembelih
14.
ISHAK BIN SAARI

Tukang Sembelih
15.
JASNI BIN PAIMAN

Tukang Sembelih
16.

ISMAIL BIN MOHAMED SAH
Tukang Sembelih
17
MOHD RAF’FY BIN SULAIMAN

Tukang Sembelih
18
MOHAMAD BIN MAHMOD

Tukang Sembelih
19

MOHD NAZIB BIN KAMSAN
Tukang Sembelih
20
SHAFARIN ANISHAM BIN YUSOB

Tukang Sembelih


SIJIL TAULIAH SEMBELIH

SIJIL TAULIAH SEMBELIH